muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

muka 6

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Menghapuskan Perkauman: Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?

Awal Bicara

Perkauman sering berlaku sepanjang sejarah kehidupan manusia.

Ianya adalah sesuatu yang zalim tetapi ia berterusan berlaku kerana ia amat cocok dengan nafsu dan kepentingan manusia.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkauman?

Adakah memelihara dan menjamin kepentingan kaum sendiri semata-mata adalah perkauman?

Memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan sesuatu kumpulan pastinya tidak menjadi masalah.

Orang Cina sudah tentu akan mempunyai perasaan yang rapat dengan kebudavaan dan amalan masyarakat Cina.

Sudah pasti dia akan menjaganya sebaik mungkin. Begitu juga India. Melavu. Orang Asal dan mana-mana kaum atau suku sekalipun.

Hanya mereka yang tercabut akan akar budayanya dan lupa asalusulnya lebih gemarkan kebudayaan dan cara hidup asing.

Yang menjadi masalah ialah apabila dalam rnemperjuangkan kepentingan kaumnya, seseorang itu menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

Perlakuan sebegini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan kaum lain.

Jika seorang Melavu cuba rnenjaga kepentingan Melayu dengan menafikan hak kaum India, misainya, sudah tentu orang India akan membantah.

Ianya cukup mudah. Jangan jejaskan orang lain semata-mata untuk kepentingan kamu. Kenapa Ada Perkauman Isu-isu yang menyentuh budaya, agama dan amalan kehidupan sesuatu kaum dengan mudah akan menggamit perasaan dan emosi kaum tersebut.

Mereka percaya pemimpin yang bercakap isu-isu tersebut cuba menjaga kepentingan rnereka.Ini tidak semestinya benar.

Dengan bermain emosi dan perasaan kaum, UMNO, MCA dan MIC berjaya rnenggamit sokongan kaum Melayu, Cina dan India masing-masing.