NEWS

Gerakan mahasiswa UiTM

Gerakan mahasiswa UiTM menuju ke arah kegersangan. Inilah istilah yang paling tepat dalam mengambarkan fenomena terkini yang sedang berlaku di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM (JPPUiTM) yang termaktub dalam Akta UiTM 174 sebagai organisasi tertinggi mahasiswa UiTM talah dijadikan alat dan pekakas oleh sebuah parti politik yang sedang menuju kereputan yakni UMNO bagi memulihkan imejnya yang tercalar pada mata mahasiswa negara.

Yang DiPertua JPPUiTM, Saudara Nazrul Fazami Mohamad yang dinobatkan sebagai YDP tanpa melalui proses demokrasi tulen telah didapati bersengkongkol dengan Barisan Pemuda UMNO demi melampiaskan nafsu serakahnya dan menunaikan kepentingan peribadi serta kroninya. Mereka rela mengadaikan maruah perjuangan mahasiswa UiTM dan tuntutan demokrasi semata-mata ingin mengejar habuan dan laba yang sumbat oleh UMNO dan pengurusan kanan UiTM. Bagi mereka inilah imbalan yang sejajar dengan pergobanan mereka dalam menegakkan kebatilan.

Era kepimpinan JPPUiTM 2000/2001 bakal di labuhkan menjelang empat bulan lagi. Namun begitu sebagai pengamat politik kampus terutamanya UiTM, prestasi JPPUiTM telahpun boleh dinilai pencapaian dan kemana sifatnya. Bersama -sama cetusan nurani ini dinyatakan beberapa tindakan JPPUiTM yang bercanggah dengan sifat Islam dan prinsip keadilan bagi di renung oleh rakyat dan mahasiswa di Malaysia.

1. YDP Nazrul Fazami Mohamad, Setiausaha Agung Amyzaddin Mohd Raya dan Penolong YDP Mohd Hashim Muda ketika ini sedang dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah laporan yang dibuat oleh seorang sekretariatnya kerana dipercayai mereka telah mengelapkan hampir RM 1000.00 tanpa pengetahuan Exco hasil daripada keuntungan JPPUiTM dalam operasi pengendalian Bas Balik Kampung sempena Aidilfiri yang dianjurkan oleh JPPUiTM baru-baru ini.

2. Kepimpinan tertinggi JPPUiTM didapati bersengkongkol dengan UMNO secara jelas dengan bersama-sama menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Melayu Kebangsaan (KMMK) di Intekma Resort pada 10 hingga 11 Febuari 2001 bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO masih di hati kepimpinan mahasiswa.

3. YDP bertindak bacul kerana mengunakan pengaruh pengurusan kanan UiTM untuk megenepikan usul undi tidak percaya yang telah dikemukakan oleh seorang Exconya sedangkan dalam pada masa yang sama hampir 3/5 daripada Exco-Exco tidak bersependapat dengan corak kepimpinannya.

4. JPPUiTM dengan sombongnya membiarkan pengurusan UiTM mengharamkan nama Islam pada Persatuan ADASI dan mejatuhkan hukuman tatatertib kepada Presiden ADASI lantaran keberanian beliau mempertahankan nama Islam dan prinsip perjuangannya.

5. Berkerjasama dengan syaitan dan nafsu dengan bertindak menganjurkan program MALINJA 2001 yang tidak selari dengan etika kemahasiswaan dan tuntutan Islam walaupun telah dibantah keras oleh sebilangan besar Exco JPPUiTM dan persatuan-persatuan dalaman UiTM.

6. Memandang rendah soal kebajikan mahasiswa UiTM dengan bertindak pasif dalam menagani masalah sosial mahasiswa sehingakan ke tahap akhbar arus perdana memaparkan peristiwa penangkapan mahasiswa UiTM yang didapati berkhalawat pada malam Valentine Day dan penglibatan mahasiswa UiTM dalam kegiatan lumba haram.

7. Kepimpinan tertinggi JPPUiTM di beritakan bakal mendapat rasuah daripada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah yang berupa pakej pelancongan ke luar negeri atau menunaikan Haji/Umrah kerana memberi kerjasama yang baik kepada UiTM dalam mengerhanakan idealisma gerakan mahasiswa.

Justeru itu, sebagai pengamat politik kampus terutamanya UiTM saya menyerukan kepada seluruh mahasiswa Malaysia yang cintakan ruh Islam dan nilai keadilan agar tampil menyatakan kekesalan dan bantahan terhadap kebobrokan yang tersimpul dalam kepimpinan tertinggi JPPUiTM. Mahasiswa Malaysia boleh menyalurkan bantahan dalam beberapa kaedah :-

1. Melalui surat pada alamat ,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar Bangunan Budisiswa Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

2. Melalui telefon ,

Pejabat JPPUiTM (03-55164037) Nazrul Fazami Mohamad (013- 3974959)

3. Melalui E-mail ,

jppuitm@yahoo.com

Mudah-mudahan dengan kekuatan idealisma mahasiswa Malaysia yang berani menyatakan kebenaran maka kita akan melihat ruh gerakan mahasiswa terutamanya mahasiswa UiTM kembali bersinar dan menuju era kebangkitan. Mulai hari ini marilah kita bersama-sama beriltizam, berazam dan bertekad untuk berusaha membuka lembaran baru kepada UiTM dan Malaysia bagi membina ia sebagai sebuah tamadun ilmu yang terunggul dan disegani.

MARWAN HADID
Pengamat Politik Kampus
Universiti Teknologi MARA Shah Alam