NEWS
Penting dan panas-isu PTPTN

Tahniah kepada mahasiswa UPM atas penyerahan memorandom kepada TPM, Jumaat lalu. Nampaknya pihak PTPTN (ceti IPT) masih belum memberi kata muktamad diatas isu ini. Siapakah yang terlibat dan bertanggungjawab dalam isu ini?

Seperti yang diketahui umum, terutamanya dari kalangan mahasiswa, bahawa kadar pembayaran balik wang PTPTN telah dicemari dengan unsur ‘RIBA’ sebanyak 4%.

Kenyataan ini bukanlah sengaja dibuat terhadap PTPTN bagi memburukkan imej PTPTN, tetapi hakikatnya adalah wang 4% tersebut telah diakui sendiri oleh kakitangan PTPTN bahawa 4% yang dimaksudkan adalah kos perkhidmatan yang ditanggung oleh KERAJAAN MALAYSIA.

Pada suatu masa dahulu, pihak PTPTN pernah membuat kenyataan bahawa bayaran tambahan 4% adalah untuk kos perkhidmatan yang telah dikeluarkan bagi mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman yang dibuat oleh pelajar.

Berikutan dengan itu, pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah mengambil tindakan untuk mencari maklumat sebenar berkaitan dengan isu ini.Hasil yang diperolehi dari kajian tersebut, diketahui bahawa memang ‘benar dan sahih’ kadar pembayaran balik 4% tersebut bukanlah kos perkhidmatan tetapi merupakan ‘faedah’ yang terpaksa dibayar oleh mahasiswa setelah bekerja nanti.

Pendapat mengenai bunga 4% ini telah disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Hashim Yahya setelah pihak PMIUM meminta pendapat beliau berkaitan dengan isu ini. Tetapi malangnya pendapat sahibul samahah Dato’ Mufti telah disanggah oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Aziz Shamsudin yang menyatakan bahawa 4% tersebut bukanlah ‘Riba’.

Ditambah pula dengan penyataan ‘kurang sopan’ beliau yang manyatakan bahawa ramai lagi pelajar yang ingin meminjam wang PTPTN dan mengingatkan seluruh mahasiswa yang menentang Riba 4% ini supaya tidak perlulah meminjam melalui PTPTN, carilah bank yang dapat memberi pinjaman kepada mereka, kata beliau.

Untuk pengetahuan mahasiswa seluruh negara kenyataan yang dibuat ini bukanlah rekaan untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi segala maklumat yang diperolehi adalah benar melalui usaha yang telah dibuat oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Pihak PMIUM telah bertemu sendiri dengan Pengarah PTPTN bagi mendapat maklumat yang sebenar. Disamping itu juga PMIUM juga telah bertemu dengan Timbalan Menteri Pendidikan dan Mufti Wilayah Persekutuan bagi mengukuhkan lagi hujah yang menyatakan bahawa 4% tersebut adalah ‘Riba’.

Sekarang mari kita teliti berapa wang yang terpaksa sahabat semua terpaksa bayar apabila sudah bekerja nanti. Pembayaran pinjaman untuk tiga tahun : RM 19,500.00 Kadar bunga 4% : RM 4,191.36 Jumlah yang perlu dibayar : RM 23,691.36 Bayangkan anda terpaksa mengeluarkan wang sebanyak itu bagi membayar balik pinjaman anda jika dicampurkan dengan wang faedah tersebut.

Alangkah beruntungnnya kepada sahabat kita yang meminjam dengan JPA , dimana mereka hanya perlu membaya 25 % sahaja dari jumlah pinjaman yang dibuat .

Manakala pelajar yang meminjam pinjaman MARA pula perlu membayar balik pinjaman tanpa sebarang FAEDAH yang dikenakan. “FIKIRLAH BAIK-BAIK WAHAI MAHASISWA SEKALIAN” Marilah bertindak untuk kepentingan masa depan mahasiswa sekalian.

Jika kita tidak bertindak sekarang bagaimana dengan generasi adik-adik kita suatu hari nanti.Adakah sahabat semua rela membiar generasi saudara dipanggil dengan GENERASI BERHUTANG !!!.

Oleh kerana itu kami mahasiswa dari Universiti Malaya telah mengambil satu inisiatif untuk membela hak mahasiswa demi masa depan kami kelak. Maka kami ingin semua mahasiswa bersiap sedia untuk turun beramai-ramai dalam satu siri himpunan mahasiswa seluruh negara yang sedang dirancang untuk diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Pastikan semua mahasiswa dapat menyertai perhimpunan ini. Tarikh serta tempatnya akan diberitahu kelak. Kami mahu perhimpunan yang bakal diadakan nanti dapat mengumpulkan seberapa ramai mahasiswa dari seluruh negara.

AYUH !!!!! BANGKITLAH MAHASISWA SELURUH NEGARA.

source:mahazalimtwo.tripod.com