NEWS
Apa Sudah Terjadi Kepada Prof- Prof di IPT

Melihat komen-komen dari prof dan ahli akademik mengenai isu-isu semasa yang melanda negara samada melalui media TV atau khabar saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit komen .

Berbanding dengan mereka memang saya tidak mempunyai kelayakan yang setara, hanya ijazah pertama sahaja.

Namun saya berpendapat martabat ilmu pada sesorang itu bukan pada segulung kertas yang dimiliki tetapi lebih pada ilmu yang bermanafaat kepada masyarakat dan bersifat haq.

Dengan kata lain mereka harus menggunakan ilmu untuk membentuk manusia yang berani menegak yang haq dan mendedahkan yang bathil.

Semalam saya terdengar komen oleh Dato Prof Muhmud Zuhdi mengenai bahaya demonstrasi yang pada pandangan beliau akan menghancur status quo. Ini pada pandangan beliau lebih merugikan kerana menghancur asas yang ada kemudian membina yang baru dari kemusnahan.

Saya tidak menafi kebenaran ini. Beliau berkata biarlah pertukaran dibuat secara demokratik kerana demokrasi yang diamalakn di negara sangat baik. Persoalannya, adakah beliau begitu yakin bahwa kerajaan di bawah Mahatir memberi kebebasan seperti yang dimaksudkan dalam erti demokasi yang sebenarnya. ?

Demokasikah jika wujud pengundi hantu, hilang nama dalam pendaftar pengundi dan bermacam-macam lagi tindakan bersekongkol Suruhanjaya Pilihan Raya dengan pemerintah ?

Kemana pula pihak pembangkang hendak mengadu kalau berpuluh-puluh aduan kepada polis tidak tindakan yang diambil ?. Aduan kepada BPR pun menerima nasib yang sama. Kepada Peguam Negera yang mengamal pendakwaan terpilih dan Kehakiman yang terbukti tidak adil.?

Siapa kata para reformis hendak merosak asa yang ada ?. Mereka hanya mahu Diktator tua yang sangat dibenci oleh rakyat berundur. Mereka hanya mahu wang rakyat tidak digunakan sewenang-wenang oleh Mahatir untuk ahli keluarga dan kroni.

Mereka hanya mahu kerajaan memberhentikan tindakan kezaliman polis. Apa ini tidak dibenarkan oleh demokrasi. Kalau Mahatir boleh menghina sunnah Nabi apakah seruan supaya beliau berundur adalah dosa besar ?

Saya rasa kecewa dengan kenyataan Prof kerana beliau megetuai fakulti/ akademi Islam UM. Janganlah kerana keseronokan duduk kerusi empuk dan bergaji beribu-ribu kita lupa peranan untuk orang berilmu seperti Prof.

Sepatutnya beliau mendidiki pelajar beliu tentang keadilan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam bukan untuk orang Islam sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia.

Bersuaralah mengenai bahaya memfitnah orang tanpa bukti. Bersuaralah mengenai kezaliman dan bala yang akan turun sebagai balasan Allah yang akan mengena semua jika tiada orang pedulikan nya.

Janagnlah terpengaruh deceptionsyang dibuat oleh pemerintah supaya foks kepada pekara-pekara ranting seperti perpaduan melayu dan sebagainya dan melupa kezaliman yang mereka buat. Janganlah terikut-ikut rentak dan nada Timbalan Naib Cancelor HEP UM yang sangat kuat UMNOnya.

Bekas Penuntut UKM

source:mahazalimtwo.tripod.com