NEWS
Kelas Bahasa Mandarin ditutup oleh HEP di UTM

4,Mac-Timbalan Naib Cancelor telah mengarahkan penutupan kelas bahasa Mandarin secara bersurat pada Disember,2000.Alasan yang dikemukakan oleh HEP termasuk penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada pelaksanaan kelas bahasa Inggeris yang bertujuan untuk membentuk persekitaran yang mementingkan pembelajaran bahasa Inggeris.

Selain itu,program ini juga mesti mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Bahasa Moden dan tenaga pengajar perlulah terdiri daripada "guru bertauliah".

Menurut analisis pelajar yang mengikuti kelas dari 1998-2000,jumlah keseluruhan pelajar kelas bahasa Mandarin sepanjang 4 semester seramai 520 orang yang terdiri daripada kakitangan universiti,pensyarah dan siswa-siswi yang berbilang kaum.Iaitu
Malayu-66%(340 org)
Cina-14%(75 org)
India-12%(61 org)
Lain-lain-8%(44 org)

Jawatankuasa program kelas bahasa Mandarin berpendapat bahawa kelas bahasa Mandarin dibatalkan oleh pihak universiti disebabkan oleh:-

1.Pihak universiti tidak ikhlas dalam usaha mewujudkan suasana intergrasi antara kaum dalam kampus.
Seramai 86% pelajar bukan Cina(66% adalah Melayu)telah mengikuti program ini.Ini menunjukakan keberkesanan kelas bahasa Mandarin dalam usaha pembentukan kampu yang harmoni.Intergrasi kaum yang menyumbang ke arah pembentukan kerajaan mahasiswa yang berteraskan demokrasi ini membimbangkan pihak universiti yang mengamalkan sistem pecah dan memerintah selama ini.

2.Sistem birokrasi yang telah lama diamalkan
Pihak universiti sebelum ini pernah membatalkan aktiviti-aktiviti tanpa sebab yang kukuh,misalnya Ekspo Kebudayaan Tiong Hua pada tahun 1999.Jelas pihak universiti tidak menghormati hak mahasiswa untuk mengadakan aktiviti.

3.Bidang kuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa sangat nipis.
MPM tidak diberi peluang untuk mewakili mahasiswa ke dalam majlis senat untuk mengambil bahagian dalam pembentukan polisi yang membawa kesan kepada para mahasiswa.Ia seolah-olah boneka yang dimanipulasi oleh pihak universiti.

4.Penyalahgunaan kuasa mutlak Naib Cancelor yang"dibenarkan"di bawah AUKU
Naib Cancelor yang dilantik oleh menteri pendidikan dan bukan dipilih oleh warga kampus menyebabkannya enggan mengambil kira pendapat para mahasiswa.