NEWS

Hom perlu memberi penjelasan atas kes Chia Oai Peng

DEMA mengeluarkan kenyataan untuk menunjukkan perasaan marah dan tidak puas hati mereka tentang hal timbalan profesor jabatan kesusasteraan Cina universiti Malaya yang juga merupakan bekas ahli jawatankuasa PIBG sekolah rendah Damansara ,Chia Oai Peng yang dialami tindakan diambil terhadapnya baru-baru ini setelah mengbongkarkan perkembangan keseluruhan sebenar berkenaan dengan isu pemindahan sekolah rendah Damansara.

DEMA menjelaskan,Profesor Cheah merupakan minoriti daripada golongan cendekiawan yang mempunyai semangat mengkritik,beliau bukan sahaja telah mengemukakan pandangan teliti dan jelas tentang isu-isu semasa,malah beliau juga pernah diundang sebagai salah seorang penceramah di"Dialog Peradaban Mahasiswa"yang dianjurkan oleh DEMA.Kini,beliau pula menerima surat amaran disebabkan membongkarkan tipu muslihat dalam perkembangan keseluruhan sekolah Damansara.

Berhubung kait dengan ini,DEMA meminta Timbalan menteri pendidikan,Dato Hom Choon Kim untuk memberikan satu penjelasan yang munasabah.DEMA berpendapat,Hom tidak patut hanya berkata"kamu pergi tanya pihak UM",sejurus itu menyerah balik persoalan itu kepada pihak universiti kerana UM juga merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang dikendalikan oleh kerajaan.Oleh demikian,Hom bertanggungjawab untuk menjelaskan perkembangan keseluruhan kepada umum.

Berdasarkan surat yang disampaikan kepada profesor Chia yang bertarikh 2,Feb menunjukkan bahawa pihak UM adalah diarahkan oleh pegawai khas jabatan pendidikan untuk memberitahu bahawa Chia telah melanggar undang-undang pertubuhan 2001 disebabkan ulasannya di atas internet.Dengan itu,beliau perlu menjelaskan sebab-sebab kenapa tidak patut dipecat oleh pihak universiti.

DEMA berpendapat,amat jelas pihak universiti tidak memegang prinsip demokrasi semasa mengambil tindakan.Oleh sebab itu,DEMA menyeru umum supaya 'mencungkilkan'keluar 'kuasa sulit' yang mengambil tindakan terhadap Chia supaya mengembalikan keadilan kepada beliau.

DEMA juga menyeru orang awam menampilkan diri supaya berusaha untuk mempertahankan demokratik institusi pengajian dan kebebasan dalam akademik untuk mengembalikan wajah asal sesebuah institusi pengajian tinggi.

oleh:DEMA