NEWS

Polis menafikan hak mengadakan kempen tandatangan Gerakan Progesif kolej TAR

Tindakan polis mengancam kebebasan individu untuk mengadakan aktiviti 'Kempen Tandatangan Mempertahankan SJKC Damansara' yang dijalankan dalam suasana aman dan harmoni!

Gerakan Progresif Kolej Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan satu 'Kempen Tandatangan Mempertahankan SJKC Damansara' pada hari ini bermula pada puku 11.00 pagi.

Kempen ini dilancarkan berhampiran dengan Kolej TAR iaitu di depan sebuah restoran di Taman Bunga Raya, Setapak. Kempen ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai terutamanya pelajar-pelajar Kolej TAR.

Mereka masing-masing menandatangan untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap SJKC Damansara bahawa mengekalkan sekolah asal dan meneruskan pelan membina sekolah baru di lokasi yang sesuai.

Kira-kira 200 orang telah menurunkan tandatangan mereka dalam masa hanya satu jam. Kempen ini dilancarkan dengan amat berjaya sehingga pada pukul kira-kira 12.10 tengah hari, ada tiga orang polis yang datang untuk menyoal siasat.

Pada awalnya, salah seorang polis datang meronda di sepanjang kaki lima. Sejurus kemudian, polis tersebut menggunakan 'walkie-talkie' untuk menghubungi dua orang polis yang lain. Ketiga-tiga orang polis tersebut Ishak(82228), Juhari(116536), dan Razali(124532) menyoal pelajar yang mengedarkan pamplet bahawa aktiviti apa yang sedang dijalankan.

Mereka mengarahkan pelajar-pelajar yang berkenaan menunjukkan kad pengenalan mereka dan menghalau pelajar-pelajar lain meninggalkan kawasan itu. Ketiga-tiga orang polis itu telah menyoal pelajar-pelajar berkenaan selama 20 minit.

Polis-polis itu meminta permit dan kad pengenalan daripada pelajar-pelajar tersebut. Selepas mencatatkan nama enam orang pelajar, polis-polis tersebut cuba merampas kad pengenalan pelajar-pelajar tersebut tanpa alasan.

Tetapi akhirnya mereka berjaya mengambil balik kad pengenalan mereka. Dalam masa 20 minit itu, polis-polis tersebut sering kali cuba menakutkan pelajar-pelajar berkenaan dengan alasan akan mendakwa mereka di atas nama 'perhimpunan haram'.

Seorang pelajar yang berani juga menandatangannya semasa polis sedang menyoal siasat. Selain itu, seorang lelaki yang disyaki ialah eksekutif Jabatan Hal Ehwal Pelajar berada di sana pada ketika itu.

Gerakan Progresif Kolej TAR berasa sangat kecewa dengan tindakan polis kali ini kerana telah mengancam kebebasan individu mengadakan aktiviti-aktiviti yang tidak melanggar undang-undang.

Kami hanya berharap untuk mewujudkan kesedaran bahawa hak menerima pendidikan bahasa ibunda patut dihormati di samping mengumpulkan suara sokongan di kalangan orang ramai terutama pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi seperti Kolej TAR. Apatah lagi kempen itu dijalankan dalam suasana yang aman dan harmoni.

Dengan itu, Gerakan Progresif Kolej Tar sekali lagi menyeru orang ramai supaya terus menyokong 'Kempen Tandatangan Mempertahankan SJKC Damansara' - Setiap komuniti berhak memiliki sekolah yang diperlukan!

oleh:Gerakan Progresif Kolej TAR