NEWS

3 orang ditangkap polis setakat sekarang!!

Wednesday April 11 ISA alat untuk diamkan rakyat: siswa ˇ®Ein Azmi 7:14pm, Wed: Sambil mengecam kerajaan, pertubuhan-pertubuhan pelajar hari ini menyifatkan langkah menahan aktivis pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai usaha menafikan hak mengkritik rakyat negara ini. ˇ°Apa yang berlaku (tangkapan) sekarang ialah penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan untuk mengukuhkan status quo pemerintah dengan menafikan pandangan dan kritikan rakyat terhadap kebejatan keadilan negara kita,ˇ± kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) Muhammad Faisal Abdul Rahman. Beliau mengulas tangkapan terhadap tujuh pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi sejak semalam dan hari ini. Mereka yang ditahan di bawah seksyen 8 akta itu termasuklah Naib Presiden Tian Chua, Ketua Pemuda Mohamad Ezam Mohd Nor, pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan Sabtu ini, Saari Sungib, pengendali laman web FAC (Bebaskan Anwar) Raja Petra Kamaruddin dan penulis tamu malaysiakini Hishamuddin Rais. Sekumpulan aktivis pelajar Cina, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), turut menuduh kerajaan menyalahgunakan proses perundangan negara ini. ˇ°Tangkapan ini hanya menunjukkan sistem perundangan yang tidak sempurna negara kita, dan juga penyalahgunaan kuasa. (Tangkapan) ini membuktikan parti pemerintah cuba menggunakan cara kasar terhadap pihak lain,ˇ± kata Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri persatuan itu, Yeoh Chin Tat. Menurut kumpulan itu, alasan kerajaan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara tidak boleh digunakan lagi apabila tujuan asal ISA - untuk melawan gerakan komunis - kerana gerakan itu tidak lagi wujud. Lima kumpulan pelajar lain menegaskan akta kini dijadi alat bagi ˇ°regim Barisan Nasional untuk mempertahankan kekuasaan dan kepentingannya yang kian tergugat apabila gerakan reformasi (prodemokrasi) mendapat dukungan dan sokongan padu dari rakyat.ˇ± ˇ°(ISA) telah banyak kali digunakan untuk menahan musuh-musuh regim BN dan melumpuhkan gerakan rakyat,ˇ± kata kenyataan bersama kumpulan itu yang diemelkan kepada malaysiakini tengahari tadi. Lima kumpulan itu menggelarkan diri mereka Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Fron Aksi Anak Muda dan Mahasiswa untuk Demokrasi (Fraksi), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN) dan Gerakan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWM).