NEWS

MUSA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Oleh : Mohd Fuad Mohd Ikhwan Timbalan

Pengerusi BBMN 18 April 2001 Mahasiswa telah kesal dengan sikap Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad yang terus tidak bertanggungjawab terhadap bantahan dan tuntutan mahasiswa.

Musa bukan sahaja enggan bertanggungjawab bahkan enggan menerima memorandum yang dihantar kepadanya.

Baru-baru ini Musa hanya mengarahkan pengawal peribadi yang juga pemandu beliau untuk melayan memorandum mahasiswa. Ini jelas menunjukkan sikap pengabaian beliau terhadap mahasiswa.

Mahasiswa juga telah cuba mengadakan usaha diplomasi dengan beliau. Setiap kali memorandum dihantar Musa tidak pernah melayan dengan baik.

Musa juga tidak pernah cuba memanggil pimpinan mahasiswa untuk berdialog dan berbincang tentang masalah pendidikan di Malaysia. Mahasiswa sudah bosan dengan sikap Musa yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu pendidikan.

Musa hanya berdiam diri dan membiarkan Pak Lah dan pihak PTPTN menjawab isu ini. Musa sebelum ini juga telah mengabaikan tanggungjawab beliau dalam isu Pusat Asasi Universiti Malaya.

Pusat Asasi telah ditutup kerana arahan Kementerian Pendidikan sebelum ini tetapi beliau tidak mahu bertanggungjawab bahkan menyerahkan kepada Naib Canselor UM untuk bertindak menangai isu ini sehingga Naib Canselor dikambinghitamkan sendiri oleh beliau.

Musa juga enggan bertanggungjawab dalam isu Penstrukturan semula Jabatan Pengajian Malayu di UKM. Beliau melepaskan tanggungjawab menyelesaikan masalah ini kepada pihak UKM sendiri.

Begitu juga dalam isu SRK Cina Damansara, beliau tidak mahu bertanggjawab menyelesaikan isu ini bahkan menyerahkan isu ini untuk diselesaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan