BUKU PANDUAN UNTUK AHLI KELUARGA MANGSA PENAHANAN ISA |
Buku panduan ini adalah koleksi pengalaman daripada para keluarga dan sahabat kepada mereka yang ditahan di bawah ISA, terutamanya pada bulan Oktober 1987. Kami berharap dengan berkongsi pengalaman ini, ia dapat membantu orang lain untuk mengambil langkah-langkah yang praktikal dan berkesan untuk mengatasi situasi yang amat memerihkan ini. a.. Penahanan ISA sering dilakukan di tengah malam, di rumah anda. Namun kebelakangan ini, ia dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tempat yang biasa ialah di rumah atau di pejabat. a.. Sekurang-kurangnya 4 hingga 5 orang pegawai polis akan membuat tangkapan. Tidaklah hairan kalau lebih daripada 10 pegawai mengempung rumah anda. a.. Rumah anda akan digeledah keseluruhannya dan dokumen-dokumen serta bahan-bahan lain mungkin di rampas sebelum tahanan di bawa keluar. Mereka tidak akan memberitahu kenapa atau ke mana orang tersayang anda akan di bawa. BAGAIMANA PENAHANAN ISA ? 1.. Setelah mengenalpasti orang yang akan di tangkap, pegawai polis berkenaan akan membacakan perintah tangkapan kepada orang tahanan. 2.. Namun dalam beberapa kes baru-baru ini, polis menggunakan Seksyen 73 Akta ISA dimana polis boleh menahan tanpa sebarang waran tangkap. 3.. Jika penggeledahan dilakukan, pihak polis dikehendaki menyenaraikan semua bahan-bahan yang diambil dari rumah anda. Tahanan akan diminta mengesah dengan menandatangani senarai tersebut. Satu salinan senarai tersebut akan diberi kepada tahanan ataupun wakilnya. Adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan salinan itu agar boleh digunakan sebagai bukti tangkapan dilakukan. d.. Perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mendapatkan seorang kawan atau saudara untuk tinggal bersama anda - seseorang yang tidak terlalu sibuk. Anda memerlukan bantuan untuk pelbagai kerja praktikal seperti pergi ke pasar, menjaga anak atau bercakap dengan seseorang. Anda akan berada dalam keadaan tertekan ketika ini, justeru itu jangan malu untuk meminta pertolongan. 5.. Jangan terasa terhina atau malu atas penahanan tersebut. Kebanyakan orang yang ditahan di bawah ISA biasanya adalah orang menolong orang lain dalam menyuarakan ketidakadilan. Sekiranya orang kesayangan anda telah melanggar sebarang undang-undang, dia sepatutnya di bawa ke mahkamah serta merta dan diberi hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. DAPATKAN BANTUAN & SOKONGAN: 1.. Beritahu dan maklumkan kepada semua organisasi-organisasi yang orang tersayang anda terlibat dengan. 2.. Hubungi mana-mana keluarga yang anda tahu turut menghadapi situasi yang sama. 3.. Hubungi Pusat Bantuan Guaman atau Majlis Peguam Jawatankuasa Negeri anda dan mendapatkan peguam yang berpengalaman atau peguam yang bersimpati. 4.. Hubungi SUARAM untuk nasihat. Ingat terdapat ramai orang yang sanggup menolong anda (rujuk lampiran 1 untuk senarai alamat). Pihak polis kemungkinan tidak akan mengumumkan penangkapan ini di suratkhabar. Jadi, perkara pertama mesti anda lakukan ialah membuatkan mereka mengaku dan mengesahkan penahanan tersebut. LANGKAH SETERUSNYA. Dengan bantuan seorang kawan dan kalau boleh dengan seorang peguam pergi ke balai polis yang terdekat untuk mengetahui di mana mangsa di tahan. Terus mendesak dan menyoal sehingga anda mendapat nombor telefon atau nama pegawai untuk dihubungi di Ibupejabat Polis, biasanya Bukit Aman, K.L. Polis biasanya akan berkata mereka tidak tahu apa-apa tentang tangkapan ini. Ini tidak benar - Polis Cawangan Khas adalah pihak yang bertanggungjawab untuk penangkapan, mereka pasti tahu. Kamu mesti banyak bersabar dan tabah. Cuba balai polis lain di kawasan anda. Walaubagaimanapun, mereka yang ditangkap di bawah ISA, biasanya akan di bawa ke Kuala Lumpur dalam masa 24 jam. Seterusnya, hubungi Bukit Aman. Sampaikan satu surat kepada IGP bagi meminta peluang untuk berjumpa, melawat dan membebaskan tahanan. Selalu telefon, pergi ke sana, menunggu di sana. Pihak berkuasa lambat laun, pasti akan mengaku penahanan. Tetapi, mereka mungkin akan MENOLAK kebenaran untuk melawat dalam masa 60 hari pertama. Ini tidak semestinya benar. Semasa Operasi Lallang, lawatan dibenarkan selepas seminggu dan minggu-minggu seterusnya. Walaubagaimanapun dalam setengah kes, lawatan pertama hanya dibenarkan selepas dua atau tiga minggu. Dapatkan seberapa banyak publisiti yang boleh dengan CEPAT Sediakan satu kenyataan akhbar. Pemberita-pemberita selalu mendapat tangapan yang salah dan menanya soalan-soalan yang kurang menyenangkan seperti "adakah kamu menangis" Anda hanya perlu memberitahu fakta dan tidak ada sebarang keperluan untuk menspekulasi . Adakan sidang akhbar. Adalah lebih baik mengadakan sidang akhbar dengan ahli-ahli keluarga yang lain yang berada dalam situasi yang sama. Organisasi-organisasi biasanya bersedia membantu untuk menghubungi pihak media, menyediakan tempat sidang akhbar. Jangan lupa sediakan kenyataan akhbar dahulu. 1.. Bawa perkara ini kepada pengetahuan Ahli Parlimen (MP) anda atau mana-mana MP yang sanggup mempersoalkan perkara ini di Parlimen. Sesetengah parti politik mempunyai rekod yang baik dalam isu hak asasi dan anda boleh menghampiri mereka. Anda tidak perlu menjadi ahli parti politik untuk membolehkan mereka membangkitkan isu ini. 2.. Hubungi organisasi hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa (rujuk lampiran). Cari satu pejabat yang mempunyai mesin fax dan ia akan amat berguna untuk menyiarkan mengenai isu penahanan ISA ini. 3.. Selepas anda lega sedikit daripada kejutan awalan ini, kami mencadangkan anda cuba dengan kerja harian biasa. Kami syor anda pergi ke kerja walaupun anda mungkin terasa amat sukar untuk bersemuka dengan orang lain. Biasanya mereka juga akan berada dalam ketakutan. Ingat, orang kesayangan anda bukanlah penjenayah. Anda tidak perlu terasa malu atau bersusah payah mencari alasan mengapa polis menahan mereka. Terangkan kepada kawan-kawan anda bahawa undang-undang ini adalah tidak baik kerana polis tidak perlu memberi sebab untuk menangkap. (Mereka mungkin mengetahui sangat sedikit tentang apa yang sebenarnya berlaku). Apa sahaja yang anda buat, JANGAN sekali-sekali anda menaruh harapan tinggi bahawa mereka akan dibebaskan awal. Buat apa sahaja yang dapat menolong menenangkan fikiran anda seperti bersembayang atau bermeditasi, pastikan kamu mendapat cukup rehat dan jika anda tidak dapat tidur, dapatkan bantuan daripada doktor dengan segera. Kamu juga mungkin memerlukan bantuan untuk menghadapi perkara-perkara rumit yang berkaitan dengan pekerjaan orang kesayangan anda. Tanya peguam anda mengenai Habeas Corpus Ini adalah satu permohonan kepada mahkamah untuk membebaskan orang tahanan. Bagaimanapun, sejak pindaan undang-undang ini, penggunaannya kurang berkesan. Perkara penting ialah untuk mendapatkan publisiti dan mendedahkan isu ini. Anda perlu mengambil semua keputusan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan tindakan undang-undang. Orang kesayangan anda kemungkinan tiada peluang untuk mendapatkan perkhidmatan peguam dan sekali lagi ianya adalah sesuatu perkara yang anda boleh desak. BERSEDIA UNTUK HADAPI GANGGUAN Polis mungkin sengaja akan memberi masalah seperti menyukarkan anda mendapat lawatan. Mereka mungkin akan kata bahawa anda enggan memberi kerjasama dan membuat 'bising'. Kamu hendaklah mendesak agar diberi hak untuk melawat. Tindakan anda tidak akan membawa padah kepada tahanan yang berada di bawah jagaan polis kerana adalah menjadi TANGGUNGJAWAB MEREKA untuk memastikan keselamatan. Mereka sering akan membuat ugutan, itulah sebabnya ada baiknya anda membawa teman semasa lawatan atau semasa sebarang pengurusan dengan polis. Kalau boleh ingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka dan kalau anda terpaksa, timbulkan persoalan yang mereka mungkin sedang menyembunyikan sesuatu jika mereka tidak membenarkan lawatan. Mereka tidak suka publisiti. Pada tahun 1987, seorang suami ditolak kebenaran untuk melawat isterinya selama 2 minggu tetapi selepas dia mengugut akan memberitahu akhbar Reuters yang isterinya diseksa. dalam masa 12 jam, dia telah dibenarkan melawat. Polis Cawangan Khas akan berada disemua tempat contohnya semasa anda bertemu dengan keluarga lain, semasa sidang akhbar dan sebagainya. Jangan takut, ini merupakan tanda-tanda bahawa tindakan anda ada kesannya. Jangan rasa terancam dan sering berhubung rapat dengan peguam anda. Daripada pengalaman kami, lebih banyak publisiti yang diterima dari luar dan dalam negeri, kuranglah kemungkinan polis mendera tahanan. (Sebagai saikologi, Polis akan cuba menyakinkan kamu bahawa sebarang publisiti atau kempen untuk membebaskan orang tersayang anda hanya akan menyebabkan jangka penahanan dipanjangkan.) Ugutan bentuk lain yang mungkin anda alami ialah, telefon anda akan "dipasang; untuk mendengar segala perbualan anda, dan surat-surat yang anda terima telah dibuka dan disemak sebelum diberi atau langsung tidak diberi. Anda mungkin akan menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali atau mungkin dari 'polis'. Kadangkala mereka menawarkan pertolongan. Pastikan orang itu mengenalkan diri, dan anda semak balik dengan pihak polis. Berjaga-jaga .walaupun mereka nampak baik. LAWATAN SEMASA 60 HARI PERTAMA TAHANAN a.. Hanya saudara terdekat yang akan dibenarkan melawat. Ia selalu berlaku dalam bangunan polis, selalunya di bangunan IPK yang bertentangan dengan Penjara Pudu. Bilik-bilik di sana amat kecil, tanpa tingkap dengan sebuah meja dan beberapa kerusi. Sepanjang lawatan anda, polis cawangan khas akan berada bersama. Walaupun anda diberitahu yang anda boleh berada sendirian dengan tahanan, mereka masih akan memerhatikan kamu melalui cermin 2 hala. a.. Sebelum masuk anda akan diberi amaran untuk hanya bercakap tentang isu keluarga dan jika perkara lain dikatakan, maka masa lawatan akan disingkatkan. Ingat, saudara atau orang tersayang anda berada dalam kurungan dan hanya menerima berita dari SB. Kita tahu yang SB ini bercakap bohong untuk mengelirukan dan melemahkan semangat dan emosi tahanan. Mereka mungkin cakap bohong tentang anda juga. Bersedia untuk meyakinkan mangsa. Orang tahanan sememangnya ingin mengetahui apa yang berlaku di luar sebagaimana anda ingin tahu tentang keadaannya di dalam. Lawatan seumpamanya ini kadang-kala amat memberi tekanan. Adalah lebih baik anda pergi dengan saudara-mara yang bersimpati dengan anda dan tahanan. Kanak-kanak juga dibenarkan melawat. Adalah bagus sekiranya alat mainan, buku lukisan dibawa bersama supaya anak-anak gembira kerana mereka juga akan terasa tertekan. Anda juga boleh membawa makanan dan minuman semasa lawatan tetapi ia hanya boleh dimakan di bilik lawatan, jadi lebih baik kalau makanan itu sedap dan mudah untuk dimakan. Buah-buahan dan susu akan dihargai kerana tahanan kekurangan diet ini dalam makanan mereka. Jadikan masa setengah jam bersama itu seceria yang boleh dan berkelakuan seperti biasa. Ingat orang kesayangan anda akan balik semula dalam kurungan berkeseorangan untuk satu minggu lagi, oleh itu biarlah setiap lawatan menambahkan lagi semangatnya. Perkara yang anda perlu selesaikan semasa lawatan adalah contohnya yang berkaitan dengan kerja atau perniagaan, sebarang dokumen yang memerlukan tandatangan Tanya tahanan samaada dia memerlukan peguam untuk mengambil kesnya tetapi janganlah terperanjat jika dia kata tidak mahu. Kamu tidak boleh bergantung kepada penilaian orang tersayang anda buat masa ini kerana fikirannya mungkin terganggu. Kamu kena mengambil keputusan bagi pihaknya. Kamu hanya boleh buat apa yang kamu rasa terbaik untuknya. ..dan ini memang satu keputusan yang sukar. Ingat apakah keputusan yang akan diambil oleh orang kesayangan anda dalam keadaan normal. Akhirnya, kaunseling (rundingcara). Dapatkan bantuan daripada kaunselor jika masalah menjadi semakin rumit. Mana-mana kaunselor terlatih sepatutnya dapat membantu mengurangkan tekanan anda.ingat kamu bukanlah penjenayah yang bersalah! Periksa dengan kawan rapat anda jika anda tidak pasti samada perlu untuk berjumpa dengan kaunselor. Hubungi Badan-Badan NGO seperti senarai dibelakang untuk menolong mendapat kaunselar. Ramai orang dibebaskan sebelum tamat tempoh masa 60 hari. Namun jangan terlalu menaruh harapan. Polis mungkin akan cakap pembebasan awal boleh jika ada kerjasama anda.tetapi kita tahu ini adalah tidak benar. Ada orang yang pernah mengaku tentang sesuatu yang mereka tidak pernah buat kerana janji polis akan bebaskan awal. Ini tidak benar dan tegur kepada orang kesayangan anda supaya tidak tertipu.. TAHANAN JANGKA PANJANG (Tahanan Kamunting) Sekiranya saudara anda di beri perintah tahanan 2 tahun dibawah seksyen 8 ISA, dia akan diberi kertas tuduhan. Tuduhan tersebut akan diberi kepada mangsa. Kertas pertuduhan itu amat berguna dan adalah penting untuk kita mendapat satu salinannya. Jangan risau sangat dengan tuduhan tersebut, biasanya tuduhan adalah palsu bulat-bulat atau banyak menyeleweng. Seterusnya, orang kesayangan anda akan dihantar ke kem Kemunting yang berhampiran Taiping di Perak. Di sana, mangsa boleh berkawan dengan yang lain, ada bahan bacaan, tempat bersenam dan sebagainya. Kehidupan di sana lebih baik daripada 60 hari pertama itu. Lawatan mingguan dibenarkan tetapi jika anda tinggal jauh, minta kebenaran untuk 2 minggu sekali dan pada 2 hari berturut-turut. Di Kamunting, mangsa boleh berjumpa dengan peguam. Selain daripada ahli keluarga, orang lain pun dibenarkan melawat sekiranya ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan atau kewangan. DI KEM TAHANAN KEMUNTING LAWATAN DI KEMUNTING 1.. Pada hari pertama lawatan, anda akan mendapat 2 pas lawatan, satu untuk setiap ahli keluarga terdekat. Setiap pas membenarkan 4 orang pelawat, tetapi pihak berkuasa kem kadang-kala membenarkan lebih dari 4 orang. Anda boleh bersilih ganti agar 2 kumpulan dapat melawat dalam seminggu. 2.. Setiap pas secara rasminya boleh digunakan seminggu sekali tetapi dalam kes-kes tertentu di mana seseorang itu tinggal terlalu jauh, maka 2 lawatan dalam seminggu dibenarkan. Anda harus mendesak untuk itu (lawatan berturut-turut). Jika ia sukar, anda boleh melawat pada hari Sabtu diikuti oleh hari Isnin. 3.. Bersedia untuk menunggu selama 1/2 hingga 2 jam daripada masa anda masuk kem sehingga berjumpa dengan tahanan. Terdapat 'Pondok Menunggu' dengan kerusi, tandas dan mesin minuman ringan. 4.. Semasa lawatan itu, Pegawai Pemulih (yang berpakaian biasa) atau pun penjaga kem (berpakaian seragam) mungkin akan menggangu anda umpama mendengar perbualan anda, memberi komen, memberitahu anda apa yang patut buat atau cuba menyingkatkan masa lawatan. 5.. Bilik lawatan adalah lebih kurang 12 x 18 kaki dan yang diasingkan dengan satu penghadang yang dibuat daripada dawai jala. Keluarga duduk di satu belah, tahanan di sebelah lain. Ada satu ruang terbuka, lebih kurang 2 kaki dengan 2 kaki di dalam jala dawai tersebut yang membolehkan anda memeluk atau mencium. BARANGAN YANG DICADANGKAN UNTUK TAHANAN ISA DI KEMUNTING Keluarga biasanya cemas semasa lawatan pertama. Jangan terlalu risau tentang apa barang yang perlu dibawa. Tahanan sendiri pasti akan memberi anda satu senarai barangan yang mereka perlukan, semasa lawatan. Walaubagaimanapun, berikut adalah senarai barangan yang mungkin mereka perlu. PAKAIAN Tahanan diberi 2 pasang seluar pendek biru dan kemeja putih yang dibuat daripada kain kapas tebal. Ia memang sukar untuk di pakai tapi tahanan bukan politik seperti penjenayah selalu menggunakannya. Kebanyakan tahanan ISA menggunakan pakaian kem itu sebagai alas kaki ! Kebanyakan tahanan lebih suka pakaian yang biasa mereka gunakan. Oleh itu, jangan membeli barangan baru tanpa berunding dengan tahanan terlebih dahulu. Tahanan akan memerlukan: 1.. Seluar pendek dengan t'shirt yang longgar dibuat daripada kain kapas. (Kem menjadi hangat pada waktu siang) 2.. Kain sarong atau pakaian tidur lain 3.. Pakaian dalam. 4.. Pakaian bersenam - tanya tahanan dahulu sebelum membeli alat senaman. (Ada tahanan yang banyak membuat senaman seperti badminton, ping pong atau berlari dan ada yang tidak buat. 5.. 2 @ 3 pasang pakaian separa formal - seluar panjang, seluar pendek, baju berlenggan, tali pinggang, kasut. Ia digunakan semasa lawatan dari keluarga, peguam, ulama, pegawai SB, pihak berkuasa kem, Lembaga Penasihat). Pakaian dicuci oleh tahanan dan seterika disediakan, oleh itu dapatkan pakaian yang mudah dicuci, ringan dan tidak diperlu digosok. MAKANAN Tahanan diberi makanan yang agak baik juga. Ia perlu ditambah dengan daging dan makanan ringan. Malangnya tiada peti sejuk. Oleh itu semua makanan kena di makan pada hari yang sama atau jenis makanan yang boleh disimpan di luar peti sejuk. Ataupun mereka memerlukan jumlah masakan yang minima memandangkan kemudahan memasak yang terhad disediakan. Yang berikutnya amatlah berguna: makanan dalam tin, daging kering, kacang, ikan bilis goreng (dalam botol), buah-buahan yang diawet termasuk juga neskopi, teh uncang, milo, tepung susu, jus buah-buahan. Jam tidak dapat tahan lama. Anda juga boleh membawa bersama, sedikit buah-buahan segar, daging yang dimasak dan makanan yang disediakan - sama ada makanan rumah atau yang dibeli. Makanan dimakan dalam kumpulan di kem, jadi adalah baik sekiranya tahanan ada lebih banyak makanan untuk dikongsi bersama dengan yang lain. LAIN-LAIN KEPERLUAN ASAS Tuala tuala nipis yang bersaiz sederhana adalah sesuai dan juga beberapa tuala kecil. Alat Mandi sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, pencukur, sabun cuci pakaian, shampoo, pemotong kuku, penggorek telinga. Alat Tulis tahanan di beri 4 kertas menulis surat setiap minggu. Galakkan tahanan untuk menyimpan diari, oleh itu berikan dia satu buku nota. Juga memerlukan pen, pensil, kertas lakar dan bahan pewarna. Bahan Bacaan Terdapat perpustakaan dengan buku-buku dan majalah lama di Kemunting. Keluarga adalah orang paling baik tahu apa kegemaran tahanan. Sila bawakan bahan bacaan. Foto kepunyaan yang tersayang di rumah. Wang Tahanan dibenarkan membelanja untuk keperluan asas melalui seorang kontraktor. Wang diberi kepada Pejabat Rekod, di mana resit akan diberi kepada tahanan. Semua pembelian akan di masukkan dalam akaun ini. Selipar Dia memerlukannya untuk berjalan-jalan di sekeliling kem. Jam Jam berdering yang kecil adalah penting. Walkman Radio tidak dibenarkan langsung dalam kem, jadi dapatkan 'walkman' yang tidak ada radio sekali dengannya. Anda akan memerlukan sokongan. Cuba mendampingi organisasi yang anda atau orang kesayangan anda terlibat dengan atau minta pertolongan SUARAM untuk bantuan. Berikut adalah
senarai alamat dan nombor telefon yang mungkin berguna. Kami bersama anda!
Perkara yang boleh dibuat di Taiping. (katakan kamu ada satu hari di antara
hari melawat) 1.. Bukit Maxwell 2.. Taman Tasik 3.. Zoo kecil 4.. Jalan
sekeliling pekan, makanan berlazat - sedap dan murah Organisasi yang boleh
anda hubungi untuk bantuan PERSATUAN HAK ASASI MANUSIA (HAKAM) 299 JALAN NUSA TAMAN DUTA KUALA LUMPUR atau TINGKAT 5, WISMA HARWANT JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN KUALA LUMPUR TEL: 03-2524393 FAX: 03-2524676 hakam@hakam.org TENAGANITA Tingkat 11, Wiisma Yakin, 50100 Kuala Lumpur. Tel: 26913691/81 BAR COUNCIL HUMAN RIGHTS SUB-COMMITTEE Tingkat 10, WISMA KRAFTANGAN, NO9, JALAN TUN PERAK, 50050 KUALA LUMPUR. 03- 26911698 03-26911366 03-26911367 CIVIL RIGHTS COMMITTEE 1,JALAN MAHARAJALELA, 50150 KUALA LUMPUR. 03-22746645
ii) Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di Malaysia MELAKA LEGAL AID CENTRE 9373, TAMAN INDAH SECTION 1, BUKIT SEBUKOR, 75150 MELAKA. TEL: 06-2845519 FAX: 06-2830755 KUALA LUMPUR LEGAL AID CENTRE TINGKAT 6, WISMA KRAFTANGAN NO9, JALAN TUN PERAK, 50050 KUALA LUMPUR. TEL: 03-26932072/26913005 FAX: 03-26930527 SELANGOR LEGAL AID CENTRE BANGUNAN PERSATUAN TEO CHEW KLANG 16-A, JALAN DATO HUNGAH 41000 KLANG, SELANGOR. TEL: 03-33722792 FAX:33722767 PERAK LEGAL AID CENTRE 1st FLOOR, WISMA CHYE HIN,NO.19, JALAN SULTAN IDRIS SHAH, 30000 IPOH, PERAK. TEL: 05-2550523 FAX: 05-2550523 KEDAH/ PERLIS LEGAL AID CENTRE SUITE 12, 1st FLOOR , BGN LEMBAGA PADI, JALAN TUANKU IBRAHIM, 05000 ALOR SETAR, KEDAH. TEL: 04-73085305 FAX: 04-7308305 NEGERI SEMBILAN LEGAL AID CENTRE 6 JALAN CAMPBELL, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. TEL:06-7633035 FAX: 06-7623250 JOHOR LEGAL AID CENTRE LEVEL 5, JOHOR TOURIST INFORMATION CENTRE (JOOTIC), JALAN AYER MOLEK, 80000, JOHOR BAHRU, JOHOR. TEL: 07-2235698 FAX: 09-2235698 TERMELUH LEGAL AID CENTRE PUAN NOR AIN BTE MOHAMAD NASIR BILIK PEGUAM MAHKAMAH TINGGI, 28000 TEMERLUH, PAHANG. TEL: 09-2965599 FAX: 09-2962073 KUANTAN LEGAL AID CENTRE NO. 64B, TKT 1A, LRG TUN ISMAIL, 25000 KUANTAN, PAHANG. TEL: 09-5159244 FAX: 09-5159243 KELANTAN LEGAL AID CENTRE C/O MAJLIS PEGUAM KELANTAN, TINGKAT BAWAH MAHKAMAH SESYEN, JALAN HOSPITAL, 15000 KOTA BHARU, KELANTAN. TEL: 09-7448660 FAX: 09-7448660 PULAU PINANG LEGAL AID CENTRE NO. 4 GREEN HALL 10200 PENANG. TEL: 04-2617451 FAX: 04-2616840 UNTUK
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT DAN BANTUAN, HUBUNGI: SUARAM (SUARA RAKYAT MALAYSIA)
383, 1th FLOOR JALAN 5/59, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR. TEL: 03- 77843525
03-77820357 FAX: 03-77843526 wkpeng@pc.jaring.my |