NEWSIsu PTPTN - Bantahan menyeluruh mahasiswa
Isu Pemansuhan faedah PTPTN, telah berberapa bulan dibawa oleh pimpinan tertinggi mahasiswa.
Sudah beberapa memorandum diajukan kepada pelbagai pihak yang berkaitan, namun tiada respon yang baik diterima.
Terbaru sekali, oleh kementerian pendidikan yang memorandum berkaitan atas inisiatif GAMIS telah tidak diambil peduli oleh Menteri Pendidikan.
Dalam isu ini saya ingin berkongsi pendapat, yang mugkin bertentangan dengan rakan-rakan, bahawa isu PTPTN ini GAGAL mendapat sambutan di kalangan mahasiswa walaupun isu ini kuat dan membabitkan majoriti mahasiswa.
Segala tindakan yang diambil oleh pimpinan nampaknya kurang diketahui dan disokong oleh mahasiswa.
Malahan isu ini tidak pula menjadi sebutan di kalangan mahasiswa di kampus-kampus (mengikut pemerhatian saya). Saya berpendapat yang pimpinan mahasiswa, telah gagal ataupun belum lagi membuat sebaran yang meluas kepada mahasiswa, menyebabkan mereka pasif.
Isu ini telah tidak dipedulikan atau diambil secara serius oleh media arus perdana yang seolah-olah cuba menenggelamkan isu tersebut.
Kurangnya pula "publisiti" di kalangan mahasiswa oleh pimpinan mahasiswa memburukkan lagi sambutan mahasiswa.
Jadi, saya ingin mencadangkan supaya satu strategi kempen kesedaran dan bantahan secara besar-besaran di kampus-kampus dirangka untuk membawa mahasiswa keseluruhannya menyedari dan seterusnya mengambil bahagian dalam bantahan terhadap isu pemansuhan faedah PTPTN khususnya, dan isu biasiswa secara umumnya.
Antara strategi yang ingin saya ketengahkan dan boleh difikirkan bersama ialah
1) penyebaran sebaran seperti risalah, handout, pamplet di peringkat kampus - dilaksanakan oleh setiap MPP dan PMI setiap universiti (utk perhatian BBMN dan juga GAMIS).
2) program-program berupa kaunter kesedaran, bengkel, perbincangan, seminar di kalangan mahasiswa utk menunjukkan bagaimana isu ini jelas menjejaskan mahasiswa(seperti pengiraan faedah).
3) bantahan oleh setiap kampus, digerakkan oleh MPP kepada pihak berkenaan seperti kementerian, parlimen dll utk memberi tekanan berterusan atas isu ini.
4) bantahan keseluruhan mahasiswa, berupa pengumpulan tandatangan bantahan secara besar-besaran di kampus-kampus utk membangkitkan bantahan mahasiswa secara yang lebih aktif tanda menyokong (support) tindakan yg diambil oleh pimpinan.
Walaupun, isu ini harus dibawa oleh segenap lapisan gerakan mahasiswa, saya berpendapat penglibatan yang amat proaktif dari badan-badan terbabit: GAMIS (PMI kampus), BBMN( MPP dan PM) dalam menggerakkan bantahan ini kerana mempunyai gerakan lebih mantap dan menyeluruh.
Sekian dari saya, Hanif Zuhdi B Mahmud Pathi jurucakap, Gerakan Mahasiswa Lantang Negara