muka 1
muka 2
muka 3

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Pemuda sebagai penawar keracunan perkauman

1. Dialog peradaban dijalankan antara bangsa / kaum atau agama, lebih tepat lagi, antara dua atau lebih entiti yang berlainan budaya ataupun tamadun.

Tema dialog peradaban menjadi popular apabila "Dialog antara islam dan Konfusianisme" digerakkan oleh saudara Anwar Ibrahim, tetapi tidak ada apa-apa yang dilanjutkan selepas itu.

Kesilapan umum adalah mempertentangkan perbezaan yang wujud antara dua (atau lebih) entiti yang berlainan; dialog peradaban bukan sahaja memperlihatkan pertindihan yang ada, tetapi juga memupuk bagaimana perbezaan itu dapat dihormati dan dihargai.

2. Setiap bangsa atau agama mempunyai ciri-ciri tersendiri mengikut latar belakangnya, fakta ini tidak dapat dinafikan.

Perbezaan antara entiti yang berlainan bukannya punca ketegangan atau persengketaan. Ketidaksenangan itu sering dibangkitkan melalui 2 P: propaganda dan provokasi. 2P berkesan kerana kekurangan pengetahuan dan aliran informasi, lalu menyebabkan perselisihan faham dan kefahaman satu arah atau generalisasi.

Contoh:

- menganggap Orang Asli sebagai "sakai", "orang liar" ataupun "bodoh".

- mengaggap orang Cina "kaya", 'licik", orang Melayu "malas", orang India "kotor", "samseng".

- merumuskan bahawa Islam Melayu, Buddha Cina, Barat jahat, dll. Salah satu tujuan dialog peradaban adalah untuk membersihkan keracunan tersebut.