muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
Pengenalan: Bagaimana minda pengaruhi manusia?

Dalam tajuk ini ada dua idea besar yang rnesti kita fahami. Pertama, transformasi minda dan kedua, proses reformasi. Kedua-duanya saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi antara satu sarna lain.

Dalam teori paradigma atau bagaimana minda menafsir maklumat daripada cebisan-cebisan realiti untuk membentuk kefahaman, kita dapati rninda rnudah memesongkan manusia.

Manusia yang mindanya terpesong daripada hakikat realiti itu pula bertindak terhadap realiti (yang ditafsirkannya) dan mencetuskan realliti-realiti. Realiti baru ini ditafsirkan 1agi oleh minda untuk mencetuskan kefahaman baru.

Proses ini sentiasa berlanjutan sepanjang masa dinamis dan kuat kesannya terhadap individu, kumpulan dan masyarakat. Manusia hampir mustahil memahami realiti sepenuhnya dengan tepat dalam jangka masa yang cukup.

Manusia hanya marnpu menyelami beberapa cebisan realiti (yang disebut maklumat) dan kemudiannya memberikan tafsiran bagi membentuk kefahaman (proses analisis). Di sinilah minda selalunya mengelirukan manusia kerana Ia berfungsi secara paradoks.

Manusia barus menafsirkan realiti (cebisan) untuk memberikannya kefahaman (atau makna). Minda manusia tidak boleh berada dalam keadaan keliru (confusion). Bagaimanapun, minda bertindak untuk memberikan kita faham melalui corak-corak atau jalan-jalan berfikir yang piawai (established).

Corak kefahaman atau jalan berfikir yang piawai itu tidak selalunya benar kerana ia sendiri tidak selalunya diuji. Sebahagiannya diasaskan pada prasangka, tradisi atau nilai individu. Bayangkan bagaimana minda manusia terperangkap. Cebisan maklumat realiti (sepatutnya diperolehi sepenuhnya) ditafsir oleh minda (sepatutnya secara objektif seperti mana hakikat realiti itu sendiri) menggunakan corak kefahaman atau jalan berfikir yang tidak selalunya benar. Apakah makna atau kefahamannya menghasilkan natijah yang baik?

Namun, walau bagaimana silap dan ceteknya sesuatu kefahaman (analisis) dicapai oleh manusia, kesannya sangat nyata dan ketara. Daripada tanggapan kepada keyakinan. Daripada analisis biasa kepada asas ideologi perjuangan.

Penjelasan di atas menunjukkan minda sangat lemah. Tetapi kelemahan mi memungkinkan kita menilai semula kefahaman lama. Sekali lagi, minda berfungsi menafsirkan maklumat-maklumat baru dan lama melalui corak yang baru dan lama.