muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi

Proses analisis semula ini akhirnya berjaya rnencipta makna atau kefahaman baru.

Sekali lagi, kesan kefahaman ini sangat nyata dan ketara ke atas manusia.

"Transformasi minda" ertinya keupayaan akal kita untuk menyedari bahawa kita perlu sentiasa memproses kembali cebisan-cebisan maklumat akibat kekurangan dalam proses yang terdahulu; keupayaan akal kita untuk menyedari bahawa ada beberapa cara lain untuk melihat sesuatu perkara; atau keupayaan akal kita untuk tidak berasa terlalu yakin dengan apa yang kita ketahui dan fahami.

Sebagai seorang yang hidup di alam realiti, khususnya sebagai aktivis, penganalisis atau pakar strategi, kita harus sentiasa menilai realiti-realiti dan mencapai kefahaman-kefahaman baru (kejernihan berfikir) agar dapat rnencipta peluang dan mengurangkan masalah ini sebenarnya matlamat dan proses hidup seseorang individu, kumpulan masyarakat, bangsa dan tamadun yang sentiasa berlaku.

Rujukan awal: Joel Arthur Barker, Paradigms: The Business of Discovering the Future.

Minda, paradigma, komunikasi dan dialog

Kefahaman yang terasas melalui sesuatu alat tafsiran yang piawai disebut paradigma (paradigm), konsep, tanggapan, kepercayaan, ideologi, pandangan, analisis atau pengetahuan. Tetapi proses mencapai paradigma itu tidak ringkas, sebaliknya kompleks. Di sebalik sesuatu paradigma, konsep, tanggapan, kepercayaan, ideologi, pandangan atau pengetahuan itu tersirat beberapa lagi lapisan makna, kefahaman, pengetahuan, konsep, paradigma, tanggapan atau analisis yang lebih kecil dan menyokong menghasilkannya.

Oleh itu, sentiasa wujud beberapa lagi lapisan yang perlu kita selongkar atau bongkar untuk memahami sesuatu paradigma besar.

Kita hanya dapat mencapai komunikasi yang lebih baik jika proses dialog kita itu berusaha membongkar lapisan-lapisan ini.

Secara jujur setiap orang harus mendedahkan asas-asas pandangannya atau lapisan-lapisan kefahamannya ketika mengemukakan sesuatu kesimpulan idea.

Secara jujur juga, setiap orang harus berani menggali asas-asas pandangan atau lapisan-lapisan kefahaman yang tersirat apabila seseorang menyampaikan ideanya.

lnilah proses dialog yang tulen.

Rujukan awal: Peter Senge, The Fifth Discipline: The Art of Learning Organizations. (Bab "Dialogt)

Gerakan Refomasi, reformasi dan gerakan politik semasa

Gejala reformasi dan pergerakan politik semasa yang melatari perkembangan hari belum difahami sepenuhnya. Reformasi sering dikaitkan dengan 'Gerakan Reformasi' [huruf besar "G" dan "R] yang tercetus sekitar 1998 dan berkaitan isu