muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi

konsensus, bukannya konsensus dan atasan sahaja. Ertinya, semua orang harus dibenarkan bersuara, digalakkan berhujah secara rasional dan berhujah tanpa prasangka kaum tetapi berhujahkan ilmu (teori, konsep) atau kaedah saintifik
- rakyat sebagai 'pangkalan kuasa' (people-based politics atau participatory democracy) ertinya rakyat meletakkan agendanya sendiri (kepada pihak-pihak yang cuba mengawal, khususnya kerajaan dan termasuk juga pembangkang), bukan melalui parti-parti politik.

Rakyat boleh diwakili oleh media (dan wartawan), badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan yang ikhlas bersama rakyat untuk memajukan cita-cita orang ramai secara jujur dan tulen.

Ertinya,rakyat mesti diwakili dalam banyak proses pemilihan dan pembuatan keputusan di setiap peringkat di negara mi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) pernah mengeluarkan dokumen untuk meningkatkan penyertaaan wanita sebanyak 30 peratus. Rakyat mesti diwakili sekurang-kurangnya 50 peratus dalam keadaan cengkaman parti politik yang kuat dalam struktur negara ini.
- elakkan politik berparti (political-party-based politics). Parti-parti ini selalunya tidak jujur kepada kebenaran dan rakyat; dan parti-paiti ini selalunya sangat berminat berebut kuasa. Rakyat pada gelagat parti politik hanya sebagai sandaran untuk mendapat legitimasi moral atau batu loncatan (stepping stone) untuk melonjakkan agenda peribadi, kumpulan dan parti mereka sendini.

* Tajuk ini dibentangkan dalam satu seminar pelajar pada 13 Januari, 2001 di Kuala Lumpur

** Fathi Aris 0mar, seorang penulis bebas yang independen, kini bertugas sebagai Pengarang Berita laman web harian Malaysiakini.Com, merupakan seorang aktivis pelajar 1983-1991. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai guru tuisyen, penjual buku dan penyelidik isu-isu pembangunan sumber manusia.