muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi

pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Lbrahim. Tetapi gerakan reformasi [huruf kecil "g' dan "r"] lebih luas rnaksudnya, lebih panjang tempoh perjuangannya dan sentiasa berlaku.

Gerakan ini boleh dikumpulkan daripada semua suara dan usaha yang menuntut perubahan, pembaikan dan kebaikan kepada rakyat dan negara ini.

Ia menggabungkan pelbagai kumpulan, walaupun selalunya berasingan dan bermusim, dalam jarak masa yang panjang - bermula sebelum merdeka sehingga hari ini.

Sejarah membuktikan gerakan reformasi sentiasa wujud untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kurnpulan, kaum dan negara ini dalam sesuatu tempoh zaman. Jika 1998 hendak digelar sebagai permulaan "era reformasi", maka kedua-dua gejala (Gerakan Reformasi dan gerakan reformasi) haruslah difahami dengan baik - walau sebenarnya kefahaman yang baik itu belum lengkap.

Sesuatu gejala itu harus difahami danipada pelbagai penjuru untuk menyelami beberapa faktor yang saling berkaitan yang
menyumbang perkembangan demi perkembangannya.

Di negara ini, apabila laporan media, kajian dan perbahasan ilmiah begitu terhad, sukar pengamat dapat menbuat analisis yang baik.

Kekurangan inilah yang menyebabkan minda kita gagal meletakkan perspektif yang betul.

Apabila minda gagal, bermula pula "kecacatan" seperti dihuraikan di awal perbincangan ini.

Oleh itu, bagi mengelak atau mengurang kesan buruk "kecacatan" itu, golongan pelajar harus luas pergaulannya, suka berbincang dan bertukar pandangan, suka membaca dan membahaskan isu-isu - dan menganalisis dengan fikiran terbuka.

Spoon-feeding yang menjadi kaedah pengajaran-pembelajaran di sekolah (dan juga IPT) sebenarnya pemusnah cita-cita untuk memahami realiti dengan baik. Kaedah ini mematikan fikiran kritis, bebas (independent) dan "kreatit", sebaliknya menggalakkan kita menerima daripada sumber maklumat (khususnya media arus perdana yang dikawai kerajaan/parti pemerintah) tanpa banyak fikir dan soal.

Sebenarnya inilah 'peperangan' yang WAJIB DIUTAMAKAN di kampus-kampus dan di kalangan anak-anak muda kita. Yakni, untuk menjelaskan dan menunjukkan kesan buruk pendidikan menengah dan pengajian tinggi yang mengasah minda untuk menelan informasi sehala dan atas (kerajaan) ke bawah (rakyat).

'Reformasi" dapat difahami daripada istilab & konsep (bahasa) dan perkembangan semasa: gabungan isu-isu ekonomi, politik serta sosial. Daripada perkembangan itu, kita boleh melihat "reformasi dan rentetan peristiwanya sebagai -krisis politik negara
-desakan untuk pendemokrasian negara
>kebebasan sistem kehakiman
>kebebasan media, bersuara, kebebasan akademik