muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi

> profesionalisme dan keganasan polis
> pemisahan kuasa dan kediktatoran - gejala serantau dan antarabangsa
Kita juga boleh melihat reformasi dengan mengumpul maklumat tentang hal-hal berikut:
- siapa penggerak-penggeraknya, - bagaimana rangkaian pengaruh mereka,
- apakah perspektif mereka sendiri tentang gejala ini, ideologi dan idealisme terhadap masa depan mereka
- apakah bentuk persaingan, kerjasama, perselisihan dan perdebatan di kalangan mereka
- apakah aliran berflkir (school of thought) yang wujud di kalangan mereka atau mempengaruhi mereka
- dan mana mereka datang dan sumbangan masing-masing

Pelajar dan gerakan politik baru (Reformasi hasil transformasi minda)

Untuk menjamin masa depan negara ini, saya mencadangkan pelajar memahami beberapa aspek berikut:
- kepalsuan tanggapan terhadap ras (kaum atau bangsa) dan bagaimana pemerintah menggunakan media untuk menyebarkan salah tanggapan (misconception) tentang hal ini dan bagaimana pula parti-parti pemerintah berjaya menggunakan unsur perkauman sebagai alat kawalan
- pertarungan sekarang SEBENARNYA wujud antara pemerintah (the ruler) dan mereka yang diperintah (the ruled) tetapi ramai di kalangan kita (termasuk pembangkang, pelajar dan aktivis reformasi) keliru kerana begitu kuat tertanam sangkaan buruk (prejudice) antara kaum atau kecacatan berfikir kita sendiri. Contoh-contohnya benikut:
> Tanpa kita sedan, kita anggap Umno itu Melayu, MCA itu Cina, PAS itu Melayu atau Islam, reformasi itu Anwar, Utusan Malaysia itu Melayu, Fathi Aris Omar itu Melayu, Cina itu materialistik, Cina itu pandai berniaga atau berminat pada perniagaan sahaja dan tidak setia pada negara ini
> Kita berasa bahawa Cina dan india menjadi " warganegara kelas kedua" (second-class citizens) sedangkan ramai juga orang Melayu yang dilayan 'kelas kedua' misalnya pengkritik dan pembangkang Melavu
=> Tanggapan PALSU ini wujud kerana kita (tanpa disedani sepenuhnya) menganggap sesuatu kaum itu mesti monolithic (satu dan sama), sesuatu budaya itu sentiasa seragam, sesuatu kumpulan itu sentiasa sepakat, dua individu yang boleh duduk bersama, mesra dan berbincang berkongsi segala-galanya.
- kita harus memupuk rasa hormat kepada kepelbagaian, kemajmukan, konsesi dan