muka 1
muka 2
muka 3

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Pemuda sebagai penawar keracunan perkauman

7. Perlu kita ingatkan bahawa negara kita melingkungi hampir semua tamadun utama dunia - tamadun Islam, tamadun Buddha, tamadun Hindu, tamadun Kristian (agama) tamadun Cina, tamadun Melayu dan tamadun India. (bangsa)

Oleh itu, keharmonian yang dapat kita kecapi amat bererti dan akan menjadi teladan kepada dunia. Seperti yang dikatakan oleh seorang ahli teori politik yang melawat ke sini beberapa bulan yang lalu, "Apabila masalah perkauman di Malaysia diselesaikan, ia bererti masalah perkauman di seluruh dunia akan berakhir".

Kita mesti akui masalah yang sedia ada, gejala yang wujud, antara lain, termasuk prejudis, sentimen dan perselisihan perkauman.

Akar umbi permasalahan berkenaan banyak dilunaskan oleh penjajah British, dan diperkukuh oleh golongan pemerintah (penjajah bani) tempatan.

8. Sasaran kita adalah menggorekkan unsur-unsur permasalahan tersebut sehingga ke lubang cacing dan melesapkan unsur-unsur tersebut daripada terus memelapetakakan masyarakat kita.

Yang perlu kita ingat ialah mahligai tidak dibina dalam sehari dua. Masa depan yang unggul memerlukan usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, iltizam yang mantap.

12 Januari 2001