muka 1
muka 2
muka 3

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Pemuda sebagai penawar keracunan perkauman

3. Mahasiswa sebagai satu kelas yang unik dan khas. Dari segi ekonomi, mahasiswa bukan kelas atasan ( atau capitalist, kelas rendah (lower-class or proletariat) ataupun kelas tengah (medium-class).

Dari segi ideologi politik, ada yang berkefahaman sosialisme, kapitalisme, demokrat, dan sebagainya. Namun, yang terlibat dalam gerakan pelajar biasanya berkecenderungan idealisme (tidak semestinya romantisme).

Idealis yang saya maksudkan di sini adalah mudah, yakni berhasrat melihatkan suatu masyarakat yang harmonis, progresif dan positif.

Sementara itu, sebagai pemuda, minda mahasiswa lebih terbuka dan tidak kaku seperti banyak orang yang telah berusia.

4. Gerakan pelajar negara kita bermula pada tahun 1950an, pada masa itu, perhatian ditumpukan untuk menentang imperialisme dan penjajahan. Kemudiannya, pelajar juga prihatin terhadap golongan bawahan lalu mengkritik kerajaan.

Kemunduran gerakan pelajar sejak pertengahan 7Oan ekoran kekerasan oleh yang digelar "pihak berkuasa" telah menyebabkan polarisasi kaum di kampus.Gejala ini jelas di kalangan aktiviti dan program di luar akademi.

5. Beberapa fenomena yang digambarkan sebagai "ketegangan kaum" kebelakangan ini bukannya berpunca daripada rakyat jelata, tetapi merupakan akibat daripada unsur-unsur kesempitan kaum yang telah disemai selama ini, dan pelancaran 2 P yang giat dan radikal.

6. Peranan kita adalah untuk memerangi kefahaman yang sempit dan perkauman melalui lebih banyak dialog dan usaha bersama. Perubahan yang periu kita lakukan bukan sekadar pertukaran struktur pemerintahan, tetapi membersihkan racun yang telah diterapkan dalam benak kita sekian lama, dan melahirkan budaya serta minda yang bebas daripada ideology perkauman dan agama yang sempit.