muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

muka 6

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Menghapuskan Perkauman: Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?

keuntungan kepada parti dan pemimpin politik kerana survival mereka hanya bergantung kepada sokongan orang ramai.

Justeru mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan ini. Hatta menipu perasaan rakyat sekalipun.

Formula perkauman ini hanya boleh berjaya apabila kebanyakan anggota kaum tersebut tidak berpendidikan.

Kesempatan ini yang diambil oleh UMNO, MCA dan MIC melalui Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN).

Pada zaman pra merdeka dan awal merdeka, kebanyakan rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak mempunyai pendidikan.

Yang mereka ada hanya kemahiran untuk hidup. Oleh yang demikian mereka tidak mendapat pendedahan dan mereka tidak sedar permainan beberapa kerat 'pemimpin' yang mendapat pendidikan dan pendedahan dan luar negara.

Pemimpin ini bukan sahaja pergi ke luar negara untuk mendapat pendidikan dalam undang-undang, perubatan dan sebagainya. Malah mereka juga mendapat pendedahan, kepada politik dan pergolakan yang berlaku di luar negara.

Pendedahan ini mereka kutip dan mereka olah. Hasilnya ialah UMNO yang kononnya mempertahankan kepentingan Melayu melalui slogannya "Hidup Melayu".

Begitu juga MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. Jika mereka bercakap mengenai kepentingan semua kaum dan sebuah negara yang bersatu padu di mana kepentingan setiap rakyat akan dipelihara, rakyat tidak akan mampu menerimanya.

Mereka tidak tahu apa ertinya untuk mempunyai sebuah negara sendiri yang berbilang kaum. Inilah bahana kejahilan.

Selama ini mereka hidup sebagai 'hamba' yang pelbagai warna kepada orang putih. Oleh itu tidak mengapa jika 'tuan' membenikan kepada hamba yang putih, perniagaan dan perlombongan.

Untuk yang hitam, estet dan buruh. Yang sawo matang pula sawah dan kampung. Siapa mereka untuk mempersoalkan tindakan 'tuan'.

Hanya motif untuk menyahkan 'tuan'orang putih ini menjadi titik pertemuan perjuangan mereka.

Pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC menumpukan kepada isu-isu kaum maing-masing. Melayu ingin kembali menjadi 'tuan' kepada tanah ini setelah British merampasnya.

Ini perjuangan UMNO. Cina ingin menetap di tanah ini dan kepastian bahawa mereka tidak akan diusir.Ini perjuangan MCA.

Pemimpin MCA tidak akan bercakap mengenai orang Melayu yang mundur dan segi ekonomi kerana itu adalah wilayah UMNO.

Begitu juga pemimpin UMNO tidak akan bercakap mengenai kesusahan dan keperitan hidup orang India, takut MIC kehabisan modal.