muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5

muka 6

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Menghapuskan Perkauman: Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?

Sikap partisan menjadikan mahasiswa hilang wibawa. Namun lebih parah ialah terdapat begitu ramai mahasiswa yang enggan dan takut untuk menyatakan sokongan kepada sesiapa jua.

Bagi mereka misi mereka menjejak kaki ke menara gading hanya semata-mata untuk meraih segulung ijazah. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada masyarakat mereka malah mereka juga pekak dan bisu walaupun kezaliman melanda mereka.

Seperti yang dihuraikan, amalan perkauman adalah suatu kezaliman. Oleh itu adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk menentang dan menghapuskannya.

Mahasiswa juga memikul tanggungjawab ini. Adalah tidak adil mahasiswa hanya mahu hidup selesa di kampus tanpa ambil peduli dengan pergolakan masyarakat.

Jika mahasiswa kekal bebas dan partisan hanya kepada kebenaran mereka akan menjadi suatu kelompok yang amat bertenaga dan mampu untuk menjana perubahan.

Mereka adalah dari kalangan anak muda yang punya tenaga dan kekuatan. Mereka juga tidak mempunyai kepentingan tersendiri melainkan untuk menjana kebaikan bagi masyarakat. Mereka punya keberanian untuk menghadapi sebarang halangan. Mereka tidak ada sebarang tanggungan anak atau isteri yang harus dijaga. Semua ini menjadikan mereka sangat berpotensi.

Bagaimana Mahasiswa
Berperanan

Ada beberapa pekara yang harus dilakukan oleh mahasiswa dan pergerakan mahasiswa jika ia mahu memainkan peranan menghapuskan amalan perkauman.

Mahasiswa harus memastikan mereka sendiri bebas dan sebarang unsur perkaumnan.

Seterusnya rnesej yang sama perlu disampaikan kepada masyarakat dan pemimpin.

Pertama Mahasiswa harus memisahkan dan menjauhkan diri dari organisasi-organisasi yang mengamalkan dasar perkauman.

Apabila mereka beinteraksi dan rapat dengan pihak yang mengambil perkauman sebagai dasarnya, mereka akan ikut memainkan irama yang sama dan membawa amalan perkauman ke kampus.

Kedua: Perlu ada usaha sengaja dan sedar oleh pergerakan mahasiswa sendiri untuk meningkatkan dialog dan interaksi antara kaum di kampus.

Lebihkan aktiviti dan program dengan kaum lain berbanding hanya bersama kaum sendiri.

Ketiga: Tingkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada isu-isu perkauman. Tingkatkan juga kefahaman mengenai budaya dan sensitiviti kaum lain.

Keempat: Elak dan menggunakan sebarang sentimen perkauman untuk meraih sokongan di kampus. Jika mahasiswa sendiri mula menggunakan sentimen