muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5
muka 6

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Menghapuskan Perkauman: Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?

Hakikat bahawa Melayu atau apa-apa kaum sakalipun boleh menjaga kepentingan Melavu dan Cina dan India dan penduduk Asal tanpa menjejaskan kepentingan sesiapa tidak boleh difahami oleh rakyat yang tidak berpendidikan.

Maka atas asas politik perkauman inilah UMNO, MCA dan MIC bergabung di dalam kepura-puraan yang dinamakan Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional.

Perkauman Dalam Sejarah Manusia

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, boleh dilihat pelbagai pemimpin dan kaum mengamalkan perkauman. Tidak ada sebab lain melainkan demi kepentingan sendiri.

Perikatan di Persekutuan Tanah Melayu adalah satu contoh. Pada zaman silam, Firaun atau Pharoah juga menindas Bani Israel yang merupakan penghijrah ke bumi Mesir.

Pelbagai cara dilakukannya untuk melemahkan Bani Israel yang semakin berkembang biak dan ramai. Akhirnya Bani lsrael diselamatkan oleh Tuhan melalui utusannya Musa atau Moses.

Seperti juga di Afrika Selatan, orang kulit putih yang sedikit jumlahnya menindas penduduk pribumi berkulit hitam yang lebih ramai.

Rejim yang dinamakan apartheid ini akhirnya berkubur setelah penentangan berterusan untuk puluhan tahun.

Orang kulit hitam diselamatkan dari kezaliman melalui kepemimpinan Nelson Mandela.

Dua contoh di zaman yang begitu jauh berbeza ini menunjukkan kezaliman yang dilakukan oleh kaum minoriti terhadap majoriti.

Pasti ada juga,kaum majoriti yang menindas kaum minoriti. Rejim Saddam Hussein di Iraq telah sekian lama membunuh orang Kurdis. Kurdis adalah bangsa yang lebih kecil tetapi mereka telah tinggal di utara Iraq, wilayah Turki dan Iran untuk sekian lama.

Begitu juga Russia yang lebih ramai menindas crang Chechen di tanah air mereka di Chechenya.

Semua contoh ini adalah perkauman. Demi kepentingan kaum mereka, kaum lain ditindas. Tetapi tidak semua orang menyokong pemimpin kaumnya yang mengamalkan perkauman.

Rakyat Amerika Syarikat di bawah Lincoln bangun menentang dasar perkauman yang memperhambakan orang kulit hitam. lni adalah kezaliman terhadap kaum Afrika Yang telah diculik dan dipaksa menjadi hamba.

Tetapi rakyat Amerika yang bangun menentang dan seterusnya berperang dalam Perang Saudara Amerika dimulakan dan mereka yang berpendidikan.Anggota masyarakat yang berpendidikan akan menentang dasar perkauman walaupun pada