muka
1
Transformasi
Minda dalam Proses Reformasi Identiti
Ras dan Politik Perkauman Menghapuskan
Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana? Pemuda
Sebagai Penawar Keracunan Perkauman |
Menghapuskan Perkauman: Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana? |
perkauman maka tidak ada lagi harapan untuk menghapuskan semangat perkauman di negara ini. Kelima: Halang sebarang unsur perkauman atau mereka yang mendokong faham perkauman dan memasuki kampus. Mahasiswa sendiri perlu peka dan sedar untuk mengawal wilayah mereka dan dicemari perkauman. Keenam: Membantu dan menyokong mana-mana mahasiswa atau kumpulan mahasiswa yang teraniaya atau dizalimi tanpa mengambilkira latar belakang, agama atau kaum. Tunjukkan perpaduan mahasiswa. Ketujuh: Mengadakan kempen dan menyedarkan masyarakat untuk mengeratkan hubungan di antara kaum dan membuang sebarang prasangka perkauman. Mahasiswa perlu memainkan peranan dan menjadi teladan bagi menunjukian jalan ke arah ini. Kelapan: Membantah sebarang amalan atau dasar perkauman yang diamalkan oleh rnana-mana pihak. Sebaliknya menyokong dasar atau amalan yang menggalakkan perpaduan antara kaum. Penutup Seharusnya mahasiswa dengan kreativiti yang ada mampu rnencari seribu satu cara bagi rnenggalakkan perpaduan dan mengelakkan perkauman. Yang penting adalah untuk mahasiswa kekal berpegang kepada asas kebenaran dan keadilan. Jika asas ini sentiasa dijadikan panduan dalam sebarang tindakan perubahan boleh dilakukan. Begitu juga dalam isu perkauman. Ianya adalah zalim walau apa sekalipun kayu ukur dan nilai yang digunakan. Kerana ia adalah zalim maka kita menentangnya. Latar Belakang Penulis Ahmad Zaki Yamani Zainon dilahirkan pada 30 November 1976 di Alor Setar, Kedah. Kedua-dua ibu dan bapanya adalah dari kalangan pendidik yang terus mengendalikan kelas bimbingan walaupun setelah bersara dari perkhidmatan perguruan. Zaki mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dan Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar dan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Sains Mara Kuala Lumpur (MSM KL) sebelum mernasuki Institut Teknologi MARA Shah Alam. Beliau tidak sempat menghabiskan pelajaran apabila dibuang universiti pada Mei 1999 setelah didenda dan digantung pengajian kerana penglibatan dalam gerakan reformasi. Beliau bergiat aktif dalam pergerakan mahasiswa sejak belajar di MSM KL. Beliau pernah diamanahkan sebagai EXCO Pendidikan (1998-1999) dan seterusnya Setiausaha Agung (1999-2000) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau juga menjawat jawatan Setiausaha Majlis Pelajar Malaysia (MPM). Kini beliau berkhidmat di Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai Koordinator Latihan. |