muka 1
muka 2
muka 3
muka 4
muka 5
muka 6

 

 

Transformasi Minda dalam Proses Reformasi
oleh Fathi Aris Omar

Identiti Ras dan Politik Perkauman
oleh Lee Ban Chen

Menghapuskan Perkauman:Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?
oleh Ahmad Zaki Yamani

Pemuda Sebagai Penawar Keracunan Perkauman
oleh Chai Chee Fatt

Report
oleh DEMA

Menghapuskan Perkauman: Kenapa Mahasiswa dan Bagaimana?

mulanya ia menguntungkan kaum mereka sendiri. ldealnya penentangan ini sudah tentu berasalkan keadilan dan kebenaran

Kenapa Menentang Perkauman

Manusia rnenentang perkauman kerana ianya adalah
zalim,sekaligus mengancam prinsip kebenaran dan keadilan.

Apabila perkauman diamalkan di dalam sesebuah negara, lambat-laun pasti akan berlaku kekacauan dan kekecohan.

Semua kaum akan menjaga kepentingan kaum rnasing-masing dan tidak akan membiarkan hak mereka diancam. Jika ada yang mencuba padah akibatnya.

Oleh itu sebarang dasar dan amalan perkauman mesti ditentang dan segera dihapuskan. Jika dibiar berterusan, ketidakpuasan hati kaum yang kerugian dan dizalimi akan memuncak.

Lantas akan mengancam keharmonian apabila berlaku perbalahan dan pergaduhan. Kita juga sudah tentu tidak mahu didiskriminasi.

Oleh itu,kita tidak harus membiarkan ianya dilakukan terhadap orang lain.

Kenapa Mahasiswa

Mahasiswa mempunyai kedudukan dan tanggungjawab yang cukup unik dalam masyarakat.

Seringkali mereka diistilahkan sebagai kelompok yang idealis dan tidak mempunyai kepentingan diri.

Atas idealisme mereka itu,mereka secara teorinya sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi menegakan sesuatu yang mereka anggap kebenaran dan keadilan.

Tetapi mahasiswa kini seperti hilang identiti bebas dan tidak berpihak atau non-partisan mereka.

Sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan pergerakan mahasiswa dipujuk menjadi sayap kepada parti politik.

Ada yang menyokong kerajaan dan ada yang menyokong pembangkang. Tetapi terlalu sedikit yang mampu menyokong kedua-dua -- kerajaan dan pembangkang. Sokongan mereka sering kaku pada satu pihak atau dengan kata lain mereka rnenjadi partisan.

Lantas mahasiswa sebegini tidak mampu untuk memindahkan sokongan dan komitmen mereka mengikut kebenaran dan keadilan.

Seharusnya mahasiswa sentiasa menyokong sesiapa atau parti rnana juga yang berada di pihak yang benar dan adil, begitu juga mereka perlu mampu menentang dan rnenegur sesiapa juga yang melanggar etika keadilan.

Tidak salah mahasiswa menyokong pemerintah tetapi esoknya menyokong pembangkang asalkan ianya berasaskan keadilan dan kebenaran.